Dashboard | +Follow
Muhammad Bakhtiar
Jatuh Cinta Dengan Teman Baik..
Saturday 18 February 2012 • 16:25 • 0 comments

Assalamualaikum W.B.T..

Alangkah beruntungnya jika mempunyai seorang sahabat baik yang sering berada disis anda.Anda berdua sering bertukar cerita, saling membantu,berkongsi masalah dan suka-duka kehidupan. Saling menyokong satu sama lain, sepertimana seorang sahabat sentiasa memberi sokongan kepada sahabat. Tanpa anda sedari, anda sudah jatuh cinta dengan teman baik anda. Tidak salah untuk jatuh cinta kepada sahabat anda, sekiranya anda masing-masing masih solo. Bagaimanakah seterusnya ??

Dilema:Persahabatan vs Percintaan

kebanyakan individu yang iatuh cinta kepada sahabat baik mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan. Ini kerana mereka berpendapat tali persahabatan yang sudah terbina sekian lama amat berharga dan mereka khuatir seandainya hasrat cinta mereka diluahkan, persahabatan itu akan terggangu. Malah jika tidak kena caranya, persahabatan terputus. Setiap perkara ada risiko, sama ada kecil atau besar. Sebelum pergi lebih jauh, selami hati anda terlebih dahulu dan putuskan apa yang anda mahu dalam hidup.

Strategi

Jangan sesekali bertindak terburu-buru. Jika dia hanya kenalan biasa, mungkin mudah mengungkapkan cinta. Tetapi, bagi seorang sahabat baik, lebih sukar untuk mencurahkan isi hati anda. Si dia mungkin akan terkejut, bertindak defensif lalu menjauhkan diri. Jika anda sukakan dia, mulakan dengan memberi sedikt demi sedikt petanda agar dia boleh mencerna perubahan rasa hati anda dengan lebih terbuka dan rasional. Dalam pada itu, risik reaksinya. Lihat tindak balasnya, dari situ anda boleh menilai sama ada anda mempunyai peluang ataupun tidak. Pada masa yang sama, sentiasa ada untuknya pada saat dia memerlukan anda. Ingat, anda sahabat baiknya. Jangan dek kerana terlalu mengejar cinta, status dan tanggungjawab sebagai seorang sahabat diabaikan. Berdoalah kepada Tuhan agar dubukakan pintu hati si dia untuk terima anda.

Luahkan perasaan

Memandangkan anda merupakan sahabat baiknya, sedikit sebanyak anda tentu mengenali dan memahami dirinya. Jangan luahkan perasaan dengan cara yang dia tidak suka. Cari masa yang sesuai. Lakukan dengan penuh ikhlas dan berhikmah. Dia mungkin akan menerima atau menolak. Apapun keputusannya, terima dengan hati terbuka kerana anda sudah berterus terang dan mendapat jawapan kepada setiap persoalan. kalah setelah mencuba sedaya upaya lebih mulia daripada kalah sebelum pertarungan. Tidaklah anda menyesal di kemudian hari kerana tidak menyuarakan isi hati.
Cinta adalah anugerah Tuhan, dan merupakan fitrah seorang manusia. Seandainya si dia memang jodoh anda, bersyukurlah. Tetapi jika si dia mahu kekal menjadi seorang sahabat, terimalah dengan redha....

sebenarnya,,bnde niey memang terjadi pada diri aku..aku tak tahu la perempuan yang aku suka tu tahu ke tak yang akue suka dea..aku memang baru kenal dia..dia memang cantik,baik,comel,..aku harap dia baca apa yang akue tulis nie...sejak aku jumpa dia,,aku rasa lain macam je...HAHA(tak payah nk caps lock sangat la kan)...giler kentang..jiwang siak...HEHE...saya harap awak baca...BYE _ _ _ _ _ _!!!(untuk si dia)

Bak Tyler



Disclaimer



Hi, im Muhammad Bakhtiar sixteenagers student of SMKBM born on 4 Jan 1996 do follow me :) thank you .
| Facebook|




My Song



[!] IMPORTANT [!]

Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : Hannanie
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google